Friday, December 31, 2010

KHASIAT SUSU KAMBING

KHASIAT susu kambing jarang dibicarakan apatah lagi pendedahan kebaikan susu lembu lebih meluas menyebabkan ramai tidak menyedari komposisi dalam kandungan susu kambing mempunyai banyak kebaikan bagi manusia dan kajian saintifik sudah membuktikannya.

Susu kambing lebih mudah hadam kerana ia mempunyai molekul protein dan lemak yang sangat halus dan lembut berbanding susu lembu malah baik untuk diet bayi serta orang dewasa yang mengalami masalah penghadaman.Lebih menakjubkan, susu kambing turut digunakan bagi rawatan ulser dan gastrik kerana zarahnya halus serta bersifat menyah asid.

Sifat susu kambing yang mudah hadam itu membolehkan laktosa melalui usus dengan lebih mudah. Terdapat tujuh peratus kandungan laktosa dalam susu kambing lebih rendah berbanding susu lembu menyebabkan ia sesuai bagi kanak-kanak yang mengalami cirit birit serta alahan kepada susu lembu serta susu tepung.

Sering kali individu mengalami sakit kepala, badan dan otot, penurunan berat badan, kandungan gula dalam badan tidak seimbang, keletihan serta tekanan darah tinggi disebabkan kandungan asid berlebihan dalam tubuh seseorang itu.

Susu kambing mempunyai kandungan pH beralkali dan ia tidak akan menjana penambahan asid dalam darah serta usus malah bertindak meneutralkan asid dalam badan.Kandungan asid lemak yang sedia ada dalam susu kambing bertindak mencegah kesan jangkitan kulat, membantu sistem pertahanan badan sekali gus meningkatkan tenaga manusia.

Istimewanya susu kambing berbanding susu lembu, ia tidak membentuk lendir dan mengakibatkan alahan kepada manusia.Sistem imunisasi semula jadi yang terdapat dalam kandungan susu kambing seperti mineral selenium bertindak sebagai bahan bagi membantu ketahanan sel badan manusia dan bahan anti oksida malah melawan virus dan mencegahnya daripada terus membiak.

Bagi individu yang mengalami masalah sendi boleh mengamalkan pengambilan susu kambing HiGoat tinggi protein dan kalsium kerana mengandungi Bioorganic Sodium baik bagi rawatan mengurangkan inflamasi sendi dan sebagai elemen anti penuaan.

Secara semula jadi, susu kambing boleh mencegah pembiakan organisma berbahaya dalam badan manusia.Kandungan potassium dan kalsium yang tinggi serta kandungan sodium rendah dalam susu kambing sangat penting untuk membentuk tekanan darah yang normal serta mengawal fungsi hati dengan lebih baik.

Bahan riboflavin yang terkandung dalam susu kambing pula dapat memberi tenaga malah boleh merawat simptom penyakit asma, eczema, colic, insomnia dan demam kuning manakala kandungan silikon serta flourine yang tinggi dapat mencegah diebates malah turut mengandungi faktor antibarah.

(Harian Metro – Apr 22, 2010)

KHASIAT EPAL HIJAU

Mengunyah sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan.Kajian menunjukkan epal mengandungi elemen kesihatan phytonutrient yang boleh melambatkan pengoksidan kolesterol yang tidak baik.

Berikut ialah kelebihan dan khasiat epal hijau yang perlu kita ketahui:

1. Membantu mencegah pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.

2. Mengurangkan risiko penyakit jantung.

3. Membantu kesihatan membran paru-paru.

4. Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.

5. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.

6. Membantu mengekalkan berat badan.

7. Mengurangkan tekanan penyakit asma.

8. Mengurangkan risiko barah.

9. Adalah digalakkan untuk memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

10. Untuk mereka yang mempunyai masalah sembelit atau sistem penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan minum setiap pagi sebelum sarapan. Amalan ini dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau sememangnya merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

11. Untuk kesegaran kulit wajah pula, potong epal hijau dan rendamkan seketika dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan hirisan epal hijau tersebut di atas muka dan biarkan selama 15 minit. Pasti anda dapat rasakan kesegarannya dan jika diamalkan selalu boleh melicinkan kulit muka.


sumber : Herba Prima



KHASIAT OAT

Penyakit jantung adalah satu daripada pembunuh senyap yang paling utama di kalangan lelaki dan wanita, demikian menurut Pertubuhan Jantung Amerika.Meskipun banyak faktor menyumbang kepada penyakit jantung seperti gaya hidup, pemakanan, alam persekitaran, tabiat dan lain-lain, usaha mengekalkan kesihatan jantung bukan sahaja tertakluk kepada pengamalan gaya hidup yang aktif.

Pemakanan yang sihat dan bijak dapat memainkan peranan penting dalam usaha mengamalkan gaya hidup yang menjamin kesihatan jantung.Tahukah anda bahawa untuk menjaga kesihatan jantung, anda hanya perlu memakan sekurang-kurangnya 70g. oat setiap hari?Oat sudah bertahun lamanya terkenal kerana khasiat kebaikannya kepada kesihatan kita secara keseluruhan, terutama sekali kepada kesihatan jantung.

Ia bermula pada tahun 1854 apabila ‘Raja Oatmeal’ Ferdinand Schumacher memperkenalkan oat di Amerika dan menganggap oat sebagai tambahan yang sihat kepada pemakanan. Dakwaannya kini sudah dibuktikan secara saintifik.

Kini, pakar-pakar pemakanan dan diet memberi penekanan terhadap keberkesanan oat sebagai rumusan paling semulajadi untuk menjaga kesihatan dan mencegah penyakit jantung.Oat mengandungi serat larut yang secara aktif menyerap dan membantu menghapuskan kolesterol berlebihan yang boleh menyumbat arteri anda dan menyebabkan penyakit jantung.

Pengambilan oat membantu menurunkan tahap kolestrol dan akhirnya menjadikan jantung lebih sihat!
Penyelidikan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat secara tetap benar-benar berkesan untuk menurun dan memperbaiki tahap kolesterol.Menjaga kesihatan jantung anda adalah semudah mengambil oat setiap hari.
Sebagai contoh, Quaker Quick Cooking Oatmeal dan Quaker Instant Oatmeal bukan sahaja boleh dijadikan sajian makanan yang berkhasiat dan mengenyangkan, malah ia juga memberikan banyak manfaat kesihatan. Kedua-dua produk ini boleh didapati di mana-mana pasar raya berhampiran.

Emping oat bukan sahaja berkesan menurunkan tahap kolesterol darah tetapi juga menjamin kesihatan usus dengan menyediakan sumber nutrien secara perlahan-lahan dan konsisten seperti mana yang diperlukan untuk membaharui sel-sel usus.Serat merangsangkan pengeluaran air liur, yang memudahkan anda mengunyah dan menelan. Apabila berada dalam perut, ia membantu mencairkan kandungannya, menjadikannya lebih mudah untuk dihadam.

Serat dalam usus kecil membantu memperlahankan kadar penghadaman nutrien dalam makanan. Ini memastikan semua nutrien dalam makanan digunakan oleh badan.Serat juga membantu mencegah banyak masalah ketidakselesaan yang dialami oleh orang tua, seperti sembelit dan buasir.Oat mengandungi lebih banyak kalsium, protein, magnesium, zat besi, zink, kuprum (copper), mangan (manganese), tiamin dan vitamin E berbanding makanan bijirin lain seperti gandum dan rai.

Seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, oat mengandungi fitokimia yang merupakan bahan kimia semula jadi dalam tumbuh-tumbuhan yang membantu menentang penyakit.Oat secara khusus mengandungi banyak flavonoid yang merupakan antioksidan yang amat berkesan untuk membantu mencegah penyakit jantung.

Oat adalah juga makanan yang ideal untuk semua peringkat umur. Mudah diterima sebagai makanan pepejal permulaan untuk bayi dan juga orang tua, oat kerap digunakan dalam program membantu mangsa kebuluran kerana keupayaannya membekalkan khasiat pemakanan berkualiti secara tidak mahal.